Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Pasangan Kekasih’ Adik Beradik...

KATA orang, restu ibu bapa itu penting bagi menjamin hubungan cinta agar ikatan...

Ekonomi Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat

LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat memerlukan...

‘Rafizi Harus Serah Bukti...

SHAH ALAM - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli seharusnya...

478 Pasukan Sertai Piala...

UNIK... Bola sepak adalah sukan pilihan yang sangat digemari ramai bukan sahaja manusia...

Imigresen Siasat Dakwaan Kes Rogol Tahanan Depoh

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti JIM berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) JIM, Datuk Ibrahim Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pegawai yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan.

“JIM akan melakukan siasatan secara terperinci berhubung kes ini yang jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya lagi.

Jelas Ibrahim, JIM juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan di atas laporan polis tersebut dan JIM akan sentiasa telus serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM.

JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti, katanya lagi.


Tambah Ibrahim, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang wanita warga Thailand membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah semalam mendakwa kakaknya dirogol oleh seorang anggota JIM ketika proses rakaman percakapan di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka dua minggu lalu. – BERNAMA

Kategori