JAKARTA – Indonesia mencadangkan sebanyak 546 jenis acara untuk 17 sukan dipertandingkan di Sukan Para Asia 2018 yang akan berlangsung di Jakarta pada Oktober 2018, lapor agensi berita Antara Indonesia.
“Kami masih berbincang mengenai acara dengan Jawatankuasa Paralimpik Asia. Jumlah acara adalah antara 500 ke 600,” kata Timbalan Penolong Sukan Tradisional dan Perkhidmatan Khas Bayu Rahardian di sini pada Khamis.
Jumlah acara paling banyak ialah 116 untuk olahraga dan 205 renang.
Sementara itu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa mencadangkan Indonesia menganjurkan 25 jenis sukan.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Paralimpik Asia Tarek Souei optimis Indonesia mampu memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah memandangkan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla bertindak sebagai penyelaras penganjur Sukan Asia dan Suka Paras Asia 2018. – BERNAMA