KECOH dunia hiburan hari ini apabila pengakuan berani seorang jejaka bernama Robin Coenraad tentang hubungannya dengan tunang aktor Hans Isaac, Aileen Gabriella Robinson, yang dikatakan terputus mengejut selepas pengumuman perkahwinan pasangan itu diumumkan semalam.
Dalam status Facebook yang kini telah pun dipadam, Robin menyatakan rasa terkejut dan kecewanya apabila mengetahui berita perkahwinan teman wanitanya melalui akhbar.
Baca: Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF
Tapi, siapa sebenarnya Robin Coenraad ini?
Tinjauan Mynewshub mendapati lelaki ini pernah dikaitkan dengan aktres Siti Saleha selepas gambar-gambar romantis mereka dimuat naik oleh sebuah portal hiburan Ohbulan! pada tahun 2011.
Menurut akaun LinkedIn miliknya, lelaki berusia 29 tahun ini merupakan pegawai eksekutif syarikat bernama Zerobox Sdn. Bhd. dan pernah menjadi hos program Daybreak dan What’s Cooking yang disiarkan di Capital TV.
Selain itu, jejaka kacukan Belanda ini merupakan graduan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan daripada sebuah universiti kreatif terkemuka negara sebelum berkhidmat sebagai eksekutif di universiti itu.
Semasa bekerja di universiti tersebut, Robin aktif terlibat dalam aktiviti seni seperti persembahan teater dan muzik serta pernah bergandingan dengan adiknya Dennis Coenraad sebagai juruhebah untuk mengendalikan radio universiti itu.
Daripada maklumat yang kami dapati, jelaslah Robin tiada kaitan dalam industri hiburan tanah air selain daripada pernah bercinta dengan Siti Saleha dan kini, menjadi batu api untuk merosakkan hubungan Hans dengan tunangnya.
Hans telahpun membidas kembali kenyataan Robin dengan menuduhnya sengaja untuk mengungkit kisah lama, namun Robin telah memuatnaik sebuah lagi status untuk meluahkan rasa hampanya:
“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak berasa marah, benci atau berdendam. Saya tidak mampu berkata-kata dan jelas sekali sedang terlalu kecewa. Itu sahaja, namun saya teruskan hidup seperti normal dan semua ini akan menjadi sebahagian daripada kisah silam.”
Sementara itu, ramai netizen dilihat memberi sokongan moral kepada Robin dengan mengatakan bahawa dia layak menerima insan yang lebih baik daripada bekas teman wanitanya itu.
Tak kurang juga, ada yang turut mencercanya dengan mengatakan dia tidak boleh move on dan sengaja memburukkan reputasi tunang Hans untuk mendapatkan publisiti murahan.
Baca: Dia Sengaja Nak Publisiti, Kesian Sungguh – Hans
Tapi, hebat juga Robin ni kan? Makwe semua cantik-cantik dan popular!
Kepada Robin, yang lepas tu biarkanlah ia berlalu. Kedua-dua Siti Saleha dan Gabby pun telah bertemu bakal suami masing-masing dan akan berkahwin dalam masa terdekat ini, mungkin lebih baik untuk Robin memulakan hidup baru. – MYNEWSHUB.CC