Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Isu Pelarian...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat penularan pelbagai video, rakaman audio dan berita...

Sultan Kedah Berkenan Ziarah...

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini...

Wanita Cedera Ditetak Suami...

KUANTAN - Seorang isteri cedera di kepala dan tangannya akibat ditetak dengan pisau...

Malaysia Muflis! : Aliff...

SERBA salah sama ada hendak ketawa atau simpati apabila membaca luahan jutawan kosmetik,...

Ini Wajah Bakal Isteri Hafiz Hamidun… Cun Beb!

RASANYA satu Malaysia dah tahu, penyanyi Hafiz Hamidun bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan seorang janda.

Namun, tiada siapa mengetahui identiti wanita tersebut memandangkan Hafiz memilih untuk merahsiakan hal tersebut.

Netizen bagaimanapun ‘bijak’ dalam membongkar rahsia, apabila menyebarkan desas-desus menyatakan bakal isteri Hafiz itu bukan calang-calang orang.

Wanita yang dikatakan bakal isteri Hafiz merupakan usahawan kosmetik popular, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Refva Sofia.

Ini Wajah Bakal Isteri Hafiz Hamidun... Cun Beb!

Ini Wajah Bakal Isteri Hafiz Hamidun... Cun Beb!

Tambah menarik perhatian, netizen turut memuji kecantikan bakal isteri Hafiz ini yang disifatkan persis ‘patung’.

Menerusi laman Facebook, wanita itu turut memuat naik status bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Tidak mahu netizen terus berteka-teki, Hafiz akhirnya mengesahkan Joy merupakan bakal suri hidupnya.


Memetik laporan Harian Metro, Hafiz akan membuat sidang media pengumuman khas serta majlis pertunangannya pada 22 Mac ini.

Difahamkan, pasangan ini berkenalan secara serius sejak dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Hafiz bakal bernikah pada 1 Mei ini, manakala majlis resepsinya pula akan berlangsung pada 1 Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori