Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Hari Pertama Bekerja… Sekali...

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkongsi tweet pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang menunjukkan...

KPM Digesa Selesaikan Isu...

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)...

Hilang Kawalan, Treler Rempuh...

BENTONG : Tidak sampai 24 jam berlaku kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa...

TPM Minta Rakyat Malaysia...

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Islam Tolak Kelompok Liberal, Cauvinis – PAS

KUALA LUMPUR – “Islam wajib memimpin (negara ini) dan berlaku adil terhadap masyarakat majmuk,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, Islam menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam, golongan liberal yang mencari kemenangan `mee segera’ dan kelompok cauvinis.

Kata beliau, perjuangan kelompok seperti itu untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

“Mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi dipercayai merujuk golongan liberal yang mencari kemenangan `mee segera’ ke atas Pakatan Harapan manakala kelompok cauvinis adalah DAP.

DAP sebelum ini menyelar PAS kerana lebih mementingkan negara ini dipimpin oleh umat Islam berbanding isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang dibangkitkan parti itu selama ini.


Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) selepas berjaya menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori