Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

MAYAT seorang lelaki ditemui terapung dalam keadaan hanya berseluar jeans dan tanpa baju...

Siti Kassim Tolak Pertemuan...

MUNGKIN hanya pandai memperjuangankan retorik hak asasi manusia namun hakikatnya tidak berani bersemuka...

Kerajaan Tak Mampu Puaskan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak mampu memuaskan...

JAIM Cadang Beri Notis...

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di...

Israel Didakwa Bunuh Anggota Kanan Hamas

GAZA – Anggota kanan Hamas mati ditembak berhampiran kediamannya di Semenanjung Gaza, semalam dan kumpulan itu mendakwa Israel bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel enggan memberi komen berhubung kejadian itu, yang berlaku di kawasan jajahan Hamas di kawasan pantai Palestin.

“Mazen Fuqaha, anggota militan yang dibebaskan dari penjara Israel pada 2011 dan hidup dalam buangan di Semenanjung Gaza ditembak beberapa kali,” kata polis Hamas.

Beribu-ribu orang dijangka menghadiri majlis pengebumian Mazen, hari ini. “Hamas dan cabang tenteranya mahu Israel serta rakan subahatnya bertanggungjawab atas jenayah ini.


“Israel perlu tahu bahawa pertumpahan darah pejuang tidak akan disia-siakan dan Hamas tahu tindakan seterusnya yang perlu diambil,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Mazen menjalani hukuman penjara di Israel pada 2003 atas tuduhan merancang serangan ke atas Israel.

Namun, menurut media, selepas dibebaskan dan hidup dalam buangan di Semenanjung Gaza, beliau terus merancang beberapa serangan yang dijalankan oleh militan di Tebing Barat. – REUTERS/BH ONLINE

Kategori