Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perkasakan Mahkamah Syariah –...

MARAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyarankan...

Manusia Akan Hidup Dalam...

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya datang dari tahun 2030 berkongsi tentang kejadian masa...

PAS Sokong Pelantikan Idrus...

KOTA BHARU - PAS mengalu-alukan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun...

3 Hari 2 Malam...

SUNGGUH mengejutkan apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun bersama rakannya berusia 17...

Isu Bagasi: Tiada Lagi Penangguhan Penerbangan

KUALA LUMPUR – Tiada lagi penangguhan penerbangan disebabkan masalah pengendalian bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sehingga tengah malam tadi, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata masalah pengendalian bagasi di Terminal Utama di lapangan terbang itu yang menyebabkan penangguhan penerbangan telah diselesaikan dan keadaan kembali seperti biasa bermula pagi semalam.

Sejumlah 48 penerbangan ditangguhkan semalam disebabkan masalah pengendalian bagasi.

“Kami telah dimaklumkan oleh AeroDarat Services Sdn Bhd, syarikat pengendali operasi darat oleh beberapa syarikat penerbangan di KLIA, yang vendor mereka telah menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja,” kata pengendali lapangan terbang itu.


MAHB menasihatkan penumpang agar tiba lebih awal di lapangan terbang bagi memastikan perjalanan yang lancar. – BERNAMA

Kategori