Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PBS Jawab Kenyataan Presiden...

KOTA KINABALU - Naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Daniel Kinsik menasihatkan...

Brunei Tambah Lagi Jadi...

BANDAR SERI BEGAWAN – Bermula 19 April lalu, hari Khamis ditambah sebagai satu...

Lebih 2,000 Peserta Berbasikal...

KUALA LUMPUR - Lebih 2,000 peserta berbasikal dalam acara 'Ride for Peace' di...

Menarik… 12 Gambar Sayur...

MENARIK... Koleksi 12 keping gambar sayur-sayuran serta buah-buahan yang tumbuh dalam pelbagai jenis...

Isu Difitnah, Maria Farida Saman Bekas Isteri Suami

RASANYA satu Malaysia masih ingat lagi konflik yang berlaku antara pelakon Maria Farida dan bekas isteri suaminya, Hadijah Mohamed Mokhtar suatu ketika dahulu.

Persengketaan itu nampaknya semakin parah apabila kedua-duanya bertindak menfailkan saman antara satu sama lain.

Isu Difitnah, Maria Farida Saman Bekas Isteri Suami

Semalam, Maria dilaporkan telah memohon perintah injuksi kepada ahli perniagaan wanita itu dan anaknya, Nur Shazleen Anis Mohd Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia atas dakwaan memfitnah dan mengganggu kehidupan peribadinya, lapor mStar Online.

Artis jelita berusia 48 tahun itu turut memohon perintah tersebut kerana mendakwa dua beranak itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya hingga boleh menjatuhkan reputasi diri.

Pada masa yang sama, Maria juga memohon perintah menghalang kedua-dua wanita itu daripada berhubung dengannya menerusi mesej, panggilan telefon, media sosial selain komunikasi dengan peguamnya.

Isu Difitnah, Maria Farida Saman Bekas Isteri Suami


Bagaimanapun Hadijah dan Nur Shazleen turut membuat saman balas terhadap Maria sebanyak RM5 juta mendakwa pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah.

Ia disiarkan menerusi sebuah program hiburan pada 25 Oktober 2015 dan tiga media lain pada Mei 2016 dengan membayangkan dia seorang merbahaya dan cuba meruntuhkan rumah tangganya.

Dalam tuntutan balas bertarikh 16 Februari lalu, Hadijah dan Nur Shazleen memohon ganti rugi am dan tauladan untuk ditaksir oleh mahkamah terhadap Maria.

Manakala, Maria juga membuat permohonan ganti rugi selain meminta kedua-dua mereka memohon maaf. – MYNEWSHUB.CC

Kategori