Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berkat Ambil Anak Angkat,...

SIAPA sangka setelah dua kali mengambil anak angkat, kini isteri kepada pengasas kosmetik...

Harvard Keluar Memo Larang...

UNIVERSITI Harvard, salah sebuah universiti paling berprestij di Amerika Syarikat telah mengeluarkan memo...

Gempa Sabah: 16 Pendaki...

KOTA KINABALU - Seramai 16 daripada 189 pendaki yang terperangkap di Gunung Kinabalu...

Jalan Tapah – Cameron...

TAPAH: Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini bagi kerja-kerja...

Isu Pemilikan Rumah Mendapat Perhatian ADUN

KUALA TERENGGANU – Isu pemilikan rumah rakyat dibangkitkan oleh beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa membahaskan titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN Terengganu hari ini.

Antara lainnya, mereka meminta kerajaan negeri Terengganu supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) berkata masih belum ada projek perumahan yang dilaksanakan di kawasannya termasuk yang melibatkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

“Projek perumahan yang ada di Air Putih ketika ini adalah projek yang telah dirancang oleh wakil rakyat terdahulu.

“Banyak permohonan telah saya buat kepada SPNB dan PR1MA namun ditolak dengan alasan persekitaran tanah tidak sesuai kerana ia adalah kawasan banjir dan akan menyebabkan kos pembinaan tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya membantu kawasan Air Putih dengan menyediakan kemudahan kerja-kerja tanah bagi membolehkan projek perumahan dibangunkan di situ.

Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) pula berharap kerajaan negeri dapat menyediakan lebih banyak rumah berharga dalam lingkungan RM150,000 untuk golongan B40 di Terengganu.


“Banyak kawasan di Terengganu khususnya di Jabi adalah kawasan berpaya dan berbukit bukau yang memerlukan banyak kerja tanah dilakukan sebelum sesuatu projek perumahan dilaksanakan.

“Tanah rata milik kerajaan yang sesuai untuk projek perumahan pula agak terhad, dan jika ada pun, ia adalah milik individu persendirian. Ini memerlukan kos tinggi untuk pembelian tanah yang akhirnya menyebabkan harga rumah melambung dan tidak sampai ke golongan sasar yang memerlukan,” katanya.

Isu sama turut dibangkitkan Mohd Mahdi Musa (BN-Kota Putera) yang berharap kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pemilikan rumah untuk penduduk luar bandar terutamanya golongan miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Azan Ismail (PKR-Bandar) pula mencadangkan kerajaan negeri supaya menyediakan data pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Terengganu agar mudah untuk merancang projek perumahan yang sesuai dengan kemampuan rakyat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rumah

Kategori