Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peniaga Pasar Tani Kekal...

KANGAR - Peniaga pasar tani kekal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di negeri...

Pasar Raya Lapor Polis,...

JOHOR BAHRU - Pasar raya Econsave Cash (amp) Carry Sdn. Bhd. (Econsave) semalam...

Pembentangan RUU 355 Hasil...

MACHANG - Pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016)...

Skuasy Beregu Dunia: Nicol...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad...

Isu Tuntutan Mayat Jong-nam Selesai 2-3 Minggu

PUTRAJAYA – Isu berkaitan tuntutan mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata kerajaaan sedang mencari langkah penyelesaian terbaik sekiranya mayat warga Korea Utara tidak dituntut oleh warisnya.

“Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar berhubung langkah seterusnya jika mayat tidak dituntut keluarga Jong-nam,” katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Inovasi Penyelidikan Persatuan Farmaseutikal Malaysia di sini hari ini, Dr Subramaniam mengesahkan mayat Jong-nam masih berada di Institusi Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.

Ditanya adakah Malaysia akan menyerahkan mayat Jong-nam sekiranya Pyongyang menuntutnya bagi pihak Jong-un, Dr Subramaniam berkata: “Kini, dengan identiti mayat telah disahkan secara positif, kami diberitahu bahawa Jong-nam mempunyai isteri atau isteri-isteri atau anak. Kami berharap mereka akan memberikan respons dan tampil untuk menuntut mayat.”

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata mayat Jong-nam diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutnya setakat ini.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas ketika menunggu penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan bahan kimia yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.


Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport atas nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam mengesahkan setakat ini, tidak ada jangkitan virus H5N1 atau selesema burung dalam kalangan manusia di Kampung Pulau Tebu Tunjong, Kelantan.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan juga telah menggerakkan aktiviti pencegahan dan kawalan bagi mengelakkan jangkitan penyakit tersebut kepada manusia.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dilakukan dalam lingkungan 300 meter radius dari tempat kejadian ayam dan unggas mati,” katanya. – BERNAMA

Kategori