Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengusaha Di Esszone Diminta...

SANDAKAN - Para pengusaha pusat peranginan, ikan dalam sangkar dan pemilik bot nelayan...

Eksport Cendawan Meningkat RM300...

KENINGAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menggalakkan rakyat,...

Najib Ucap Takziah Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Tiada Sambutan Tahun Baru...

"Tiada sambutan bagi meraikan tahun baru 2015, sekarang sedang berduka," itu pesanan Gabenor...

‘Itu Makanan Malaysia’ – KJ Bidas Artikel Puji Singapura

KECOH di laman Twitter apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) dilihat menegur sebuah portal antarabangsa berkenaan sebuah artikel yang disiarkan berjudul ‘Why Singapore is the world’s greatest city for the food’.

Menerusi posting yang dimuat naik itu, KJ mendakwa kebanyakan apa yang ditulis dalam artikel itu adalah makanan Malaysia.

'Itu Makanan M'sia' - KJ Bidas Artikel Puji S'pura

Dalam artikel itu, penulis menceritakan pengalaman seorang chef Perancis bernama Claude Bosi  yang mencuba makanan Singapura ketika melawat negara itu baru-baru ini,

Bagaimanapun, beberapa makanan yang disebut di dalam artikel itu seperti nasi ayam, putu piring, laksa, dan karipap adalah makanan Malaysia.

'Itu Makanan M'sia' - KJ Bidas Artikel Puji S'pura
Nasi Ayam
'Itu Makanan M'sia' - KJ Bidas Artikel Puji S'pura
Karipap

Atas dasar itu, barangkali KJ cuba mempersoalkan tindakan penulis yang mempromosikan negara Kota Singa itu dengan mendakwa kebanyakan makanan yang ditulis itu semuanya adalah makanan dari Malaysia.


Mungkin penulis itu tidak mengetahui fakta tersebut memandangkan ianya hanya berkisarkan kepada pengalaman chef terbabit yang baharu sahaja kembali dari kembara di negara jiran itu.

Namun, tidaklah pelik sekiranya berlaku kecelaruan identiti makanan kerana Malaysia dan Singapura merupakan jiran tetangga yang begitu dekat dan sudah ramai rakyat negara ini berhijrah ke sana.

Untuk makluman anda juga, empat makanan itu juga tersenarai dalam 100 makanan warisan kuliner kekayaan Malaysia yang boleh didapati dalam laman Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori