SIAPA yang tidak mahu jika simpanan mereka mencecah hingga RM100 ribu dalam tempoh lima tahun. Mungkin ada yang menganggap ini ada kaitan dengan skim cepat kaya.
Semuanya itu bukan sesuatu yang mustahil kerana seorang pembimbing kewangan ini berkongsi idea untuk mendapatkan wang RM100K dalam masa lima tahun.
Menerusi perkongsian Amir Syahir di Facebook, dia berkongsi idea untuk mereka yang bergaji tinggi atas RM3000 dan mampu membayar komitmen sebanyak RM1098 sebulan selama lima tahun.
“Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1.
“Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1.ASBF2 bayar guna duit sendiri setiap bulan selama lima tahun, jadi komitmen kita masih sama,” katanya.
Selepas 5 Tahun batalkan (terminate), pengguna akan dapat:
✔ASB
Dividen terkumpul (48 bulan) : RM59,717
Prinsipal (60 bulan) : RM15,828
✔ASB2
Dividen tahun terakhir: RM13,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,740
✅Jumlah kasar keseluruhan : RM101,285
Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2 dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).
Dapat RM101,285 hanya 5 tahun?
Itu tak dikira lebihan dividen RM540 pada tahun pertama lagi. Dah boleh beli Honda City secara tunai, tanpa perlu berhutang 9 tahun dengan bank. Orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai.
Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan.
Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau anda tahan kehendak sekejap, beli kereta murah ke, 5 tahun anda boleh beli kereta import tanpa hutang dah.
Itu baru 5 tahun. Kalau 10 tahun banyak lagi dapat. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing sampai habis tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.
“Naik turun dividen tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang sahaja.
“Ramai ada duit dalam ASB tunai RM70K lah, ada RM50K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi,” katanya.
Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai idea ini boleh klik Facebook Amir Syahir. -MYNEWSHUB.CC