Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

KPT Alu-Alukan Permintaan Pemain...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia mendengar permintaan dan keperluan daripada...

Ada Pihak Tidak Puas...

KAJANG - Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf...

MyCC Siasatan Seluruh Rantaian...

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap semua penggiat industri ayam dijangka selesai...

3,752 Sembuh, 12 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 menurun dengan 1,924 kes baharu direkodkan setakat...

JAIPK Anjur Karnival Street Dakwah Di Ipoh Mulai Jumaat

IPOH – Karnival Street Dakwah anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Masjid Sultan Azlan Shah di sini dijangka menarik 5,000 pengunjung.

Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata karnival selama tiga hari bermula Jumaat ini bertujuan berdakwah secara khusus kepada penduduk setempat serta mengimarahkan program bersesuaian dengan kehendak dan suasana masyarakat.

“Karniva yang julung kali diadakan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya pada sidang media mengenai karnival itu, di sini hari ini.

Karnival yang dijadualkan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria, menampilkan pelbagai program termasuk qiamullail, kuliah duha dan ceramah agama oleh beberapa penceramah dan selebriti termasuk Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Heliza Helmi, Ijam Medicine serta Zul Handy Black.


Katanya sebanyak 70 gerai pameran, jualan barangan serta makanan akan dibuka sepanjang karnival. – BERNAMA

Kategori