Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TLDM Bakal Jadi Anggota...

LUMUT - Jawatankuasa Panglima-Panglima Angkatan Tentera bersetuju supaya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)...

Syarif Sleeq Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat anggota kumpulan Sleeq, Syarif yang telah selamat bergelar suami kepada...

Padam SMS Pautan URL...

KUALA LUMPUR - Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan...

Pembangkang Gagal Bangunkan Hutan...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Jakim: Lebih RM56 Juta Untuk Perkasa Islam Di Perak

KUALA KANGSAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan RM56.85 juta untuk aktiviti memakmurkan masjid dan pendidikan Islam di Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata bantuan itu diberikan khas kepada 4,834 imam, guru takmir, guru pondok, guru tahfiz, guru Sekolah Menengah Agama negeri serta guru Sekolah Menengah Agama Rakyat yang bertindak sebagai murabbi ummah.

“Pemberian bantuan ini dapat memastikan program-program agama serta institusi pendidikan Islam khususnya Kursus Asas Fardhu Ain (Kafa) dan institusi masjid dapat terus memacu perkembangan modal insan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Multaqa Murabbi Ummah di sini, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata program Multaqa Murabbi Ummah yang diadakan di seluruh negara bukan sekadar bersifat sumbangan kepada kerajaan negeri, tetapi untuk menyampaikan dasar kerajaan serta syariat Islam kepada masyarakat.


“Program ini juga menghimpunkan bilal, guru-guru, imam, siak di seluruh negeri supaya dapat berinteraksi dengan lebih efektif untuk memartabatkan agama Islam di negara ini.

Dalam konteks Islam, kita memerlukan para murabbi ummah sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat bagi menterjemahkan dasar-dasar yang berteraskan kepada prinsip syariat Islam,” katanya. – BERNAMA

Kategori