Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lin Dan Raih Gelaran...

KUCHING - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal menambah koleksi kejuaraan...

PM Pakistan Bakal Digulingkan,...

ISLAMABAD : Puluhan ribu aktivis dari parti pemerintah dan kumpulan pembangkang turun ke...

Kelonggaran SOP Diumum Rabu...

KAJANG - Kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang bakal diumumkan Rabu...

Jurulatih JDT Kata Kelantan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora percaya pasukan Kelantan...

Jambatan Di Parit Markom Runtuh Akibat Hujan Lebat

JOHOR BAHRU – Hujan lebat yang berlaku petang semalam menyebabkan sebuah jambatan di Parit Markom yang merentasi Sungai Pinggan, dekat Pontian, runtuh pagi tadi.

Pegawai Daerah Pontian On Jabbar berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, hujan lebat dan tekanan sampah-sarap di sungai itu dipercayai antara faktor berlakunya runtuhan pada jambatan konkrit sepanjang 100 meter yang dibina sejak tahun 1970-an itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

On berkata runtuhan itu tidak menjejaskan penduduk yang tinggal di kira-kira 70 rumah di Kampung Parit Markom memandangkan jambatan berkenaan merupakan laluan alternatif dan jalan pintas ke bandar Pontian.


Beliau berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melakukan pemantauan dan jambatan terbabit kini ditutup sebagai langkah keselamatan orang ramai.

“Berikutan kejadian ini, pihak kami sudah memohon peruntukan Kecemasan Bencana kepada kerajaan persekutuan menerusi Anggota Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan yang dijangka melawat kawasan kejadian pada 6.30 petang ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori