Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bajet 2015: Kos Sara...

KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup dianggap paling penting dalam kalangan rakyat Malaysia...

13 Pelajar UPNM Boleh...

KUALA LUMPUR - Kesemua 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibenarkan...

Chegubard Bidas Rafizi, SPRM...

SEREMBAN - Berang dengan korupsi kronik dalam PKR, bekas ketua cabang parti itu...

Kemurungan Boleh Pulih Dengan...

TAIPING - Penyakit kemurungan boleh dipulihkan melalui rawatan efektif serta bantuan anggota keluarga...

Jangan Jadikan Masjid Tempat Berpecah

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam agar tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat.

Baginda bertitah perbezaan pendapat termasuk yang disebabkan oleh fahaman politik tidak seharusnya dibawa ke masjid kerana kedudukannya sebagai pusat ibadah dan lambang kepada syiar Islam serta penyatuan ummah.

Tengku Abdullah bertitah umat Islam juga harus sentiasa mengimarahkan masjid, seperti saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya masjid juga dijadikan sebagai tempat bermesyuarat untuk memajukan umat Islam.

“Dengan seikhlas hati saya berharap semua pihak jangan jadikan masjid sebagai tempat berpecah belah sesama sendiri, tidak kiralah kalau ada unsur-unsur politik.

“Kalau boleh kita bersatu di bawah satu bumbung rumah Allah S.W.T terutama dalam kalangan Melayu,” titah baginda semasa berucap merasmikan Masjid Cengal Lempong, Balok di sini semalam.

Turut hadir, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis itu, selain diadakan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat turut diraikan ialah sambutan ulangtahun perkahwinan Tengku Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah yang ke-31.


Dalam titahnya, Tengku Abdullah juga menzahirkan rasa bangga melihat perkembangan dan perjalanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam pengurusan masjid dan surau.

“Cukup menakjubkan terutama dengan terbinanya lebih 600 masjid di negeri ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku ketua agama Islam sentiasa memberi keutamaan dalam menjayakan agenda berkaitan Islam dan Melayu, tapi pada masa sama, tidak meninggalkan kaum lain,” titah baginda.

Dalam majlis itu, Tengku Abdullah juga berkenan menamakan Masjid Cengal Lampong yang dibina dengan kos hampir RM4 juta kepada Masjid Tengku Abdullah Alhaj sempena nama baginda. – BERNAMA

Kategori