Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Transgender Dan Khunsa Jauh...

KUALA LUMPUR - Transgender dan khunsa (interseks) adalah jauh berbeza daripada sudut istilah...

Chan/Sivasangari Jumpa Arnold Bersaudara...

KUALA LUMPUR - Pasangan remaja Chan Yiwen/S. Sivasangari membuat kejutan hari ini apabila...

Bot Bawa 469 Pendatang...

Banda Aceh - Pihak berkuasa Indonesia, semalam menyelamatkan seramai 469 pendatang Rohingya dari...

COVID-19: Kedah Rekod 309...

ALOR SETAR: Sebanyak 309 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Kedah dalam tempoh hampir...

Jangan Pertaruh Masa Depan Negara – Annuar

JERLUN – Rakyat dinasihat agar tidak mempertaruhkan masa depan negara hanya kerana bersimpati terhadap mana-mana individu.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata soal individu itu adalah sangat kecil berbanding nasib keseluruhan bangsa, agama dan negara.

“Masa depan negara yang di tangan kita semua adalah lebih penting. UMNO telah berjuang untuk rakyat dan pemimpin ini perlu sedar tidak ada gunanya bagi dia pula mempertaruhkan masa depan negara untuk hanya kepentingan diri.

“Apa yang kita buat ini adalah fardu kifayah kerana mempertahankan kerajaan yang telah mengangkat martabat bangsa, agama dan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Padang Sera di sini, malam tadi.

Annuar berkata tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengganggu gugat keharmonian negara adalah sesuatu yang sukar diterima rakyat.

“Semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri sokongan rakyat tidak berbelah bahagi termasuk saya tetapi cukuplah dan berilah ruang kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) untuk terus mentadbir negara dan meneruskan kesinambungan keharmonian melalui parti keramat UMNO ini,” katanya.


Beliau berkata parti telah banyak menerima ujian, namun ia tetap kukuh bertahan memayungi bangsa, agama dan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap Dr Mahathir akan kembali sedar terhadap perjuangannya bersama pembangkang dan kembali bersama parti yang pernah didokongnya.

“Saya tahu hati kecilnya masih sayangkan UMNO dan berdoalah mereka kembali ke dalam parti keramat ini,” katanya.

Beliau juga berharap UMNO dan PAS akan dapat menemui titik pertemuan untuk menjalin kerjasama demi bangsa dan agama. – BERNAMA

Kategori