Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat M’sia Perlu Sehati...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mahu rakyat...

Pengarah MyEG Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengarah MyEG Service Bhd (MyEG), Datuk Shamsul Anuar Nasarah perlu...

Wanita Rugi RM106,012 Terpedaya...

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian RM106,012 selepas terpedaya dengan penipuan yang menggunakan taktik...

Taufan Mujigae Badai Selatan...

SHANGHAI - Taufan dengan kelajuan hingga 112 batu (180 km) sejam membadai selatan...

Jangan Solat Macam Gaya Anjing

1. Larangan Menghamparkan Tangan Seperti Anjing

Jangan Solat Macam Gaya Anjing

Dari Anas bin Malik, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

“Seimbanglah di dalam sujud, dan janganlah seseorang dari kamu menghamparkan kedua lengannya sebagaimana terhamparnya (kaki) anjing.” [HR Bukhari no. 822 dan Muslim no. 493]

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Hikmah melakukan cara seperti itu adalah untuk mendekatkan pada sifat tawadhu.”

Cara seperti itu pula akan membuat anggota sujud yang mesti melekat benar-benar melekat ke lantai iaitu dahi dan hidung. Cara sujud seperti itu pula akan menjauhkan dari sifat malas.

Perlu diketahui bahawa cara sujud dengan lengan melekat ke tanah menyerupai anjing yang menghamparkan lengannya.


“Keadaan lengan seperti itu juga petanda orang tersebut meremehkan solat dan kurang perhatian terhadap solatnya. Wallahu a’lam.” [Syarah Sahih Muslim 4 187]

2. Larangan Duduk Seperti Anjing

Jangan Solat Macam Gaya Anjing
Hadis Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata,

“Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam melarangku dari tiga hal (dalam solat): mematuk seperti patukan ayam jantan, duduk iq’a seperti iq’a anjing, dan menoleh seperti tolehan serigala.” [HR. Ahmad 2/265, hasan lighairihi, Sahih at-Targhib no. 555]

Al-Imam An-Nawawi rahimahumullah menyatakan, yang benar iq’a itu ada dua macam. Yang satu dibenci, iaitu seperti duduknya anjing; dan yang kedua sunnah, iaitu duduk (meletakkan punggung) di atas dua tumit.

“Ia sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, dan itulah yang dilakukanoleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam.” [Al-Minhaj 5/22-23] – Abu Aqif Al Aman

Kategori