Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Digantung 6...

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan...

Cuaca Panas Tidak Jejas...

LANGKAWI - Cuaca panas yang berlaku sejak awal tahun ini ekoran fenomena El...

Takkan Nak Biar Harta...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

Mayat Nelayan Hilang Ditemui...

KUDAT - Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di kawasan...

Jejantas Stesen LRT Bandaraya – Wisma Bumiraya Dibuka

KUALA LUMPUR – Jejantas berbumbung antara stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya dan Wisma Bumiraya di Jalan Raja Laut di sini, dibuka sepenuhnya kepada orang awam bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek bernilai RM7.2 juta itu disediakan bagi memberi kemudahan dan menjamin keselamatan pejalan kaki khususnya yang menggunakan kemudahan LRT Bandaraya.

“Pejalan kaki kini boleh berjalan dengan selamat tanpa membahayakan nyawa mereka melintas jalan dan saya harap ia digunakan dengan sebaiknya,” katanya ketika merasmikan pembukaan jejantas itu di sini hari ini.

Beliau berkata jejantas sepanjang 200 meter yang dicat dengan warna pelangi itu turut dilengkapi kemudahan eskalator dan kamera litar tertutup (CCTV).


Sementara itu, Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mohd Najib Mohd berkata satu lagi projek jejantas yang menghubungkan Hospital Kuala Lumpur dan Jalan Pahang dijangka siap awal bulan depan.

“Jejantas sepanjang 80 meter itu melibatkan kos RM5 juta. Pengguna di kawasan tersebut rata-ratanya adalah pesakit, jadi kami sediakan kemudahan yang lengkap seperti lif,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu. – BERNAMA

Kategori