Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tangkapan Militan Daesh Bukti...

KOTA KINABALU - Tangkapan terhadap individu yang terlibat dalam kumpulan militan Daesh, khususnya...

Diejek Akibat 6,000 Ketumbuhan...

Seorang ibu, Elizabeth Huffer, 44, kini terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjalani rawatan...

Gerai Makan Pernah Viral...

Melaka - Gerai makan yang menjadi viral di laman sosial kerana didakwa mengenakan...

Malaysia Tidak Perlu Lakukan...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak perlukan sebarang pelan kontingensi ekonomi ketika ini kerana...

Jenazah Pelajar Lemas Di NZ Selamat Dikebumikan

ALOR SETAR – Jenazah Abdul Azim Amzar Azmi, pelajar Malaysia yang lemas di Tasik Karapiro, Waikato, New Zealand, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belukar, Hutan Kampung di sini kira-kira 10 pagi.

Bapa mangsa Azmi Abu Saman, 49, berkata beliau bersyukur semua urusan pengebumian anak sulung daripada lima beradik itu berjalan lancar.

“Niat kami, terutama ibunya, Azura Bahari untuk menatap jenazah Allahyarham buat kali terakhir tercapai juga.

“Perjalanan dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) ke sini juga lancar dengan ditemani adik lelaki saya dan keluarganya yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis pengebumian tersebut.

Jenazah Abdul Azim Amzar, 21, disolatkan oleh Imam Masjid Hutan Kampung, Prof. Abdullah Ghani dan kira-kira 200 anggota keluarga serta kenalan Allahyarham menghadiri majlis pengebumian itu.

Azmi menjelaskan, jenazah anaknya itu sudah pun dimandi, dikapan dan disolatkan di sebuah masjid di Waikato, New Zealand sebelum diterbangkan pulang ke Malaysia.


Jenazah Abdul Azim Amzar selamat tiba dari Auckland dengan pesawat Malaysia Airlines MH130 yang mendarat di KLIA pada 8.54 malam Khamis.

Van yang membawa jenazah Allahyarham keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada 10.30 malam dan tiba di Kampung Belukar di sini pada 5.30 pagi Jumaat.

Ketibaan jenazah disambut oleh kira-kira 50 anggota keluarga dan kenalan rapat yang menunggu sejak petang Rabu. – BERNAMA

Kategori