Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Berkebun Harmonikan Kawasan...

LAMAN kawasan PPR atau Projek Perumahan Rakyat sememangnya tidak sepi daripada pelbagai masalah...

PRU-15: Zahidi Mahu Pertahan...

Kuala Lumpur : Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhasrat...

Annuar Sindir Jangan Tersilap...

KUALA LUMPUR - "Maka kawan-kawan media. Teruskan membuat catitan dan awas jangan tersalah...

Berdoa Persediaan Mental Juruterbang...

KUALA LUMPUR - Juruterbang telah dilatih dengan begitu komprehensif bagi  persediaan mental termasuk berdoa ketika menghadapi pelbagai...

Jepun, Mexico Henti Import Ayam Brazil

SAO PAULO – Kedutaan Jepun di Brazil semalam menggantung import ayam dan produk lain daripada 21 kilang pemprosesan daging yang dalam siasatan polis.

Dalam satu kenyataan ringkas, kedutaan itu berkata penggantungan itu adalah untuk selama-lamanya.

Difahamkan, polis persekutuan Brazil menjalankan siasatan berhubung kes rasuah membabitkan pemeriksa kesihatan bertujuan untuk menutup penyelewengan seperti penjualan produk busuk.

Di Mexico, negara itu turut menggantung import daging ayam dari Brazil sejak 19 Mac lalu.

Ia adalah tamparan hebat kepada pengeksport terbesar daging lembu dan ayam di dunia ketika kebimbangan memuncak berhubung kualiti produk berkenaan.


Mexico berkata, import ayam dari negara terbabit terpaksa digantung berikutan ancaman keselamatan.

Bagaimanapun, negara itu tidak mengimport daging lembu atau babi dari Brazil. – Reuters/BH ONLINE

Kategori