Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Morais: Bengkel Kereta Milik...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bengkel kereta yang dipercayai tempat mendiang Anthony Kevin...

Kampung Baru Perlu Dipertahan...

KUALA LUMPUR - Kampung Baru di sini yang menjangkau usia 118 tahun perlu...

Selesai Isu Pelarian Rohingya...

KUALA LUMPUR - Isu pelarian Rohingya perlu ditangani segera kerana mereka berpotensi direkrut...

Anggota Polis Antara 8...

KOTA KINABALU - Anggota polis antara lapan individu yang maut dalam dalam kemalangan...

JKM, Polis Sah OKU Pemandu Gen 2 Nahas Lawan Arus

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu wanita yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kelmarin adalah orang kelainan upaya (OKU).

Menurut portal propembangkang, Free Malaysia Today, seorang pegawai JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan pernah dikeluarkan kepada remaja berkenaan pada tahun 2011 lalu.

“Doktor mencadangkan dia perlu menyertai program pendidikan khas ketika suspek mahu memasuki tingkatan 1,” kata seorang pegawai JKM negeri berkenaan yang tidak didedahkan identitinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab. Hamid, turut mengesahkan bahawa remaja Cina yang berusia 19 tahun itu sebagai pemegang kad OKU.

Akhbar tempatan China Press melaporkan, salah seorang mangsa yang cedera pada hari kejadian juga mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kenderaan jenis Proton Gen-2 yang dipandu laju remaja itu sehingga membunuh seorang bakal bapa; dilaporkan tidak mempunyai sebarang pelekat rasmi OKU dikeluarkan oleh pihak JKM.

Baca: Wajah Pemandu Cuai Tular Di Media Sosial

Juga: Insiden Pemandu Cuai – Isteri Mangsa Hamil 4 Minggu

Wajah Pemandu Cuai Tular Di Media Sosial

Difahamkan, kad OKU milik remaja itu tersebar menerusi media sosial oleh netizen yang bersimpati dengan nasib suspek sambil memperbesarkan pula kisah sedih bahawa dia pernah mempunyai masalah pembelajaran.


Terdahulu media tempatan melaporkan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan di bawah pengaruh arak selepas menghadiri satu parti yang menghidangkan pelbagai jenis minuman keras.

Namun pihak polis semalam berkata ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina iaitu sejenis ubat yang lazim digunakan individu untuk menangani gangguan defisit perhatian atau ADD.

Semalam, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan polis mereman remaja itu selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Suspek yang pernah memenangi satu pertandingan model tempatan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori