Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Tak Ketaq’ Hadapi Dr...

MUAR – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau...

“Saya Bagai Mati Hidup...

PENDANG - Detik hitam apabila pengsan di dalam kereta dan akhirnya koma selama...

11 Rakyat Malaysia Positif...

PUTRAJAYA - Wisma Putra mengenalpasti seramai 11 rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti...

Akui Penat, Fathia Latiff...

PELAKON kontroversi, Nur Fathia Abdul Latiff dilaporkan bakal berangkat ke Los Angeles pada...

Jong-chol Diusir Pulang Ke Korea Utara Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen mengesahkan pihak polis telah menyerahkan lelaki warga Korea Utara, Ri Jong-chol, 47, untuk dihantar pulang ke negara asal hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, polis menyerahkan lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu pada pukul 9.30 pagi.

“Beliau dengan diiringi dua wakil kedutaan Korea Utara dijadualkan akan berlepas ke negara asal hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan Jong-chol akan diserah kepada Jabatan Imigresen bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.

Menurut beliau, tindakan itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara yang mendapati tiada cukup bukti untuk menuduhnya di mahkamah.

Jong-chol direman sejak 18 Februari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau.


Tiba-tiba dia dihampiri dua wanita menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

Kredit: TheStar

Kategori