Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bekalan Air Di KL,...

KUALA LUMPUR - Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak...

Gempa Sumatera: 80 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 pelajar Malaysia di Universiti Andalas di Padang, Indonesia,...

Jihad Palsu IS Bukan...

KUALA LUMPUR - Jihad palsu tawaran kumpulan militan IS bukanlah jalan pintas untuk...

Pekerja Kilang Alih Wang...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang didenda RM4,000 atau penjara dua bulan oleh...

Jong-nam: Kerajaan Buat Kenyataan Bila Tiba Masanya

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membuat kenyataan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, bila sampai masanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata siasatan kes Jong-nam melibatkan rundingan antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara, dan sangat sensitif.

“Kerajaan mengutamakan keberhasilan rundingan tersebut dengan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Pyongyang dan juga memelihara kedaulatan negara.

“Harap semua dapat bersabar,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, malam Rabu.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau.


Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.

Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Kategori