MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka kekal 54 orang daripada 15 keluarga setakat 5 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata semua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai ekoran hujan lebat bermula kira-kira 8 pagi tadi.
Keadaan cuaca petang ini dilaporkan cerah, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA