Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Pegawai Kanan Felda...

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Felda, seorang daripadanya bergelar 'Datuk' yang direman...

Pembunuhan Karakter Membunuh Bangsa

KUALA LUMPUR – Perdebatan yang dibuat dalam konteks menegakkan bangsa perlu dilakukan dalam...

DEIG: ADUN BN Selangor...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari...

Negara Bakal Lalui Sistem...

Oleh Ayu Delita PendekKUALA LUMPUR -- Bermula esok Malaysia bakal menyertai 169 negara di...

Jumlah Mangsa Banjir Di Segamat Kekal 126 Pagi Ini

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 126 orang daripada 26 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mangsa ditempatkan di lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Lima PPS tersebut adalah Balai Raya Pogoh Tengah, Kompleks Penghulu Mukim Pogoh, Sekolah Agama Mukim Jabi, Balai Raya Batu Badak dan Sekolah Kebangsaan Spang Loi.

Selain itu, laluan Felda Redong ke Felda Selancar dalam daerah itu masih ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat.

“Banjir berlaku disebabkan hujan lebat yang berlarutan sejak 2 Mac lepas menyebabkan air Sungai Segamat dan Sungai Buloh Kasap tiba-tiba naik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori