JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 35 orang setakat 8 pagi tadi.
“Seramai 35 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan di sini pagi ini.
Daripada jumlah itu, 25 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 10 orang daripada dua keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Spang Loi. – BERNAMA