Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

KL Akan Jadi Antara...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggerakkan inisiatif untuk Kuala...

‘Kenapa Buat Anak Aku...

IPOH: 'Kenapa buat anak aku macam tu?' luah ibu kandung kepada budak perempuan...

Fara Tidak Kisah Dikutuk...

AKTRES tanah air, Fara Mendoza yang dikecam netizen kerana berpakaian seksi pada sambutan...

Gangguan Bekalan Elektrik Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di sekitar Bandar Seri Jempol, Mahsan dan Pekan Bahau...

Kad Pintar Tunggal Penting Bagi Wujud Bandar Pintar

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Kad Pintar Pelbagai Guna merupakan salah satu cabaran dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi Hab Bandar Pintar bagi Asia Pasifik, menurut seorang pensyarah dari Universiti Antarabangsa Malaya-Wales (IUMV).

Riyaz Ahamed, dari Fakulti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik IUMV, berkata cabaran utama lain termasuk kerjasama dan perkongsian data yang boleh diakses menerusi sebuah sistem tunggal yang berkesan.

“Bagi membolehkan orang ramai menggunakan kad pintar ini sebagai pengganti wang tunai, maka perubahan dasar oleh kerajaan dan pihak berkuasa adalah amat penting,” katanya kepada Bernama di luar Sidang Kemuncak Bandar Pintar dan Greater KL 2017 di sini, semalam.

Katanya, adalah penting untuk menyelaras infrastruktur yang sedia wujud dengan sistem dan teknologi baharu, misalnya menempatkan televisyen pintar dengan peranti teknologi baharu yang lain.

“Membina infrastruktur baharu sudah menjadi cabaran tetapi mengubah yang sedia ada sebenarnya lebih sukar bagi mentrasfomasikan bandar pintar kerana kita tidak boleh menggantikan kawasan perumahan yang sedia ada dengan yang baharu,” katanya.

Sementara itu, ahli Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Ar Mustapha Kamal Zulkarnain berkata penambaikan segmen pendidikan juga penting kerana ia memberi kesan kepada pembangunan teknologi tempatan bagi mencapai hasrat mewujudkan bandar pintar.


“Kita mesti menggalakan anak muda kita menceburi bidang kemahiran teknikal supaya golongan ini mengetahui bagaimana negara lain membangun dan sentiasa tampil dengan inovasi baharu.

“Ini adalah satu nilai tambah kepada universiti yang akan membantu mereka berkembang maju dan memodenkan infrastruktur yang sedia ada,” katanya.

Hasrat Malaysia untuk menjadi hab bandar pintar bagi Asia Pasifik adalah ketetapan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley sebagai kawasan ekonomi utama di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sidang kemuncak sehari itu, anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli), itu dihadiri kira-kira 150 perwakilan merentasi industri dengan tumpuan terhadap teknologi pintar. – BERNAMA

Kategori