Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

9,900 Kit Makanan Diedar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,300 set Kit Makanan Permulaan diedarkan di Terengganu dan...

3 Nelayan Tempatan Selamat...

JOHOR BAHRU – Tiga nelayan tempatan terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila dilepaskan oleh...

PRN: Sanusi Menghadap Sultan...

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma...

Ringgit Jatuh: Pelajar Tajaan...

WALAUPUN trend matawang Ringgit kini terus jatuh, namun pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan...

Kanak-kanak Nyaris Maut Terperangkap Dalam Kebakaran

KULIM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut apabila terperangkap selama beberapa minit dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Kempas Indah Tiga di sini, hari ini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kulim, Pegawai Bomba Tinggi Mohd Jamil Mat Daud berkata dalam kejadian 1.05 tengah hari itu, kanak-kanak itu didapati bersendirian dalam rumah itu.

“Ketika kerja pemadaman api dijalankan besi jeriji di pintu masuk utama rumah itu terpaksa dipotong dan ketika itulah para anggota ternampak seorang kanak-kanak berada dalam keadaan sesak nafas dan ketakutan dalam kepulan asap yang tebal.

“Sebuah tingkap kaca terpaksa dipecahkan dan saya selaku ketua pasukan memberanikan diri masuk ke bilik itu dan membawa kanak-kanak tersebut keluar untuk diselamatkan,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.


Punca kebakaran sedang disiasat, katanya. – BERNAMA

Kategori