JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di Segamat hampir pulih apabila 25 mangsa daripada enam keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, berikutan itu balai raya Kampung Batu Badak yang dijadikan pusat
pemindahan sementara (PPS) banjir di Segamat sejak 2 Mac lalu, ditutup 10.30 pagi.
Sementara itu, sebuah lagi PPS banjir di Sekolah Kebangsaan Spang Loi masih beroperasi sehingga kini yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga. – BERNAMA