Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Modul Dadong Perluas Tanaman...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan projek tanaman jagung...

Chef Wan Dinobat Tokoh...

ROMPIN – Generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk...

Polis Marin Rampas Kapal...

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan...

Maszlee Mungkin Menteri Semula...

KUALA LUMPUR - “Sebaik sahaja Maszlee meninggalkan kabinet perdana menteri sedia ada, beliau...

Kedudukan Cheng Hoe Tak Di Bincang Pada Mesyuarat KFA

ALOR SETAR – Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Badrul Hisham Hashim berkata persatuan itu tidak membincangkan kedudukan ketua jurulatih “Helang Merah” Tan Cheng Hoe pada mesyuarat eksekutif KFA yang diadakan semalam.

Beliau berkata, meskipun terdapat ura-ura Tan bakal digandingkan dengan Mario Gomez bagi mengendalikan skuad Harimau Malaysia, namun pihak KFA tidak membincangkan perkara tersebut.

“Kami langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu dan tiada apa yang boleh diberi komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Badrul Hisham menjelaskan, kerja menaik taraf Stadium Darul Aman dengan kos RM9 juta akan dijalankan sepanjang Ramadan nanti memandangkan tiada perlawanan pada bulan itu.


“Kerja-kerja baik pulih kini menumpukan pada kerja pembaikan lampu limpah dan padang melibatkan kos RM3 hingga RM4 juta daripada nilai keseluruhan RM9 juta.

“Kami akan pastikan ia siap pada bulan Ramadan ini kerana mengambil jadual perlawanan yang kosong pada bulan itu,” jelasnya. – BERNAMA

Kategori