Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Larangan Aktiviti Di Gunung...

STATUS Gunung Merapi di Sumatera Barat masih dalam keadaan waspada selepas ia meletus...

Tanah Runtuh: Hampir 10...

HULU SELANGOR - Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan masa hampir 10 hari untuk...

Raja Thailand Mengahwini Pengawal...

BANGKOK – Menjelang beberapa hari sebelum pertabalan, Raja Maha Vajiralongkorn melangsungkan perkahwinannya dengan...

APMM Tahan 14 Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot bersama...

Kedutaan Malaysia Bakar Dokumen, Turun Bendera

BEIJING – Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara memusnahkan segala dokumen penting sebaik pemerintah Pyongyang mengusir keluar Duta Besar Malaysia, Mohamad Nizan Mohamad semalam.

Menurut laporan stesen penyiaran China, prosedur darurat berkenaan termasuk memunggah bagasi ke kenderaan diplomatik, dilakukan sebaik Korea Utara mengumumkan keputusan itu pada kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

Media China menyiarkan perkara itu sebelum agensi berita rasmi, Korea Central News Agency melaporkan arahan semua rakyat Malaysia dilarang meninggalkan Korea Utara, yang memetik kenyataan Kementerian Luar negara itu.

Stesen CCTV13 milik China melaporkan, bendera Jalur Gemilang dan bendera ASEAN di pekarangan canseri juga diturunkan separuh tiang pada Selasa, manakala tiga kenderaan diplomatik dilihat bergegas meninggalkan premis.

Bagaimanapun, agensi berita MediaCorp milik pemerintah Singapura melaporkan, 11 warga Malaysia termasuk petugas kedutaan gagal keluar ketika cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan Pyongyang.

Kesemuanya terkandas termasuk dua petugas sukarelawan program bantuan makanan anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu, manakala selebihnya ialah tiga kakitangan kedutaan dan enam orang merupakan ahli keluarga mereka.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui pemberita di Parlimen Malaysia mengesahkan mereka selamat dan nyawa tidak terancam kerana dipantau pihak Divisyen Protokol Korea Utara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan Pyongyang

Pyongyang pada lewat Isnin, menuntut Mohamad Nizan yang sebenarnya telah pun kembali ke Malaysia pada 22 Februari lalu; supaya meninggalkan negara rejim komunis itu dalam masa 48 jam bermula pukul 10 pagi, Ahad.

Langkah diambil sebagai membalas tindakan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai persona non grata pada 4 Mac lalu dan memberi tempoh 48 jam meninggalkan negara Islam itu.


Ia dilakukan selepas beliau gagal tampil di Wisma Putra pada hari berkenaan untuk memohon maaf. Kang Chol meninggalkan Malaysia dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines terus ke Beijing, China petang Isnin.

Duta negara itu juga dengan celupar tidak berpuas hati terhadap cara pihak berkuasa Malaysia mengendalikan siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, yang juga abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.

Jong-nam terbunuh apabila diserang dua wanita Asia tenggara dengan menggunakan senjata kimia, agen saraf VX yang diharamkan; semasa mangsa menunggu penerbangan ke Macau, China di KLIA2, Sepang pada 13 Februari.

Pada 1 Mac lalu, rakyat Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kedutaan Besar Malaysia di Munhung-dong, Taedonggang itu dibuka pada 2003 bersama-sama Kedutaan Besar Korea Utara di Kuala Lumpur sejak menjalin hubungan diplomatik mulai 1973. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori