Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Beku Akaun Keluarga...

DOHA - Anggota keluarga diraja kontroversi Qatar berkata pihak berkuasa negara itu membekukan...

Sadis..Bakal Pengantin Mati Dalam...

Sesungguhnya kita mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya.Tragis dan amat memilukan mengenang kisah pasangan...

Bangkai Buruk Lamborghini Diablo...

LONDON – Diablo merupakan antara model kereta sport mewah berenjin tengah yang pernah...

Ambil Pendekatan Sederhana Tangani...

KUALA LUMPUR - Umno sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional (BN), perlu mengambil...

Kehadiran Staf Kedutaan Korea Utara Jadi Tumpuan

SEPANG – Kehadiran Kaunselor Kedutaan Korea Utara Kim Yu-song di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, hari ini mendapat tumpuan pengamal media tempatan dan asing.

Beliau tiba dengan kenderaan rasmi kedutaan itu pada 5.25 petang dan dilihat meninggalkan perkarangan IPD Sepang kira-kira sejam kemudian.

Sebelum meninggalkan tempat itu, beliau kelihatan berjabat tangan dengan seorang pegawai polis.

Namun, tujuan kehadirannya di IPD Sepang itu menjadi tanda tanya kira-kira 30 pengamal media tempatan dan asing yang menunggu di luar IPD Sepang.

Mereka juga gagal mendapatkan komen daripadanya apabila kenderaan yang dinaikinya enggan berhenti.

Para pengamal media asing dan tempatan menunggu di depan pintu masuk IPD Sepang selepas berita bahawa lelaki Korea Utara, Ri Jong-chol, 47, yang ditahan untuk siasatan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan dibebaskan dan dihantar pulang ke negaranya.

Namun, tiada tanda-tanda menunjukkan suspek itu dibawa keluar dari premis itu.


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Jong-chol, yang direman sejak 18 Feb lepas, akan dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asalnya berikutan kekurangan bukti untuk mendakwa.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Warganegara Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warganegara Vietnam, Doan Thi Huong, 28, semalam dituduh membunuh Jong-nam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori