Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sukarelawan Selamatkan Bayi Di...

SEORANG sukarelawan berusia 22 tahun yang menyelamatkan nyawa seorang bayi dalam satu letupan...

Patuhi PBT Jika Mahu...

KLANG - Penganjur pesta arak 'Better Beer Festival' perlu mematuhi semua peraturan yang...

Koronavirus: Sekatan Perjalanan Pelancong...

KUALA LUMPUR - Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China...

Remaja Perlukan RM25,000, Bedah...

MELAKA - Seorang remaja yang mengalami masalah 'Adoloscent Idiopathic Scoliosis' atau tulang belakang...

Keluarga 3 Budak Lemas Di Lombong Bauksit Fail Saman

KUANTAN – Keluarga tiga kanak-kanak mati lemas dalam kolam bekas lombong bauksit haram di Taman Sungai Karang Jaya dekat sini pada Feb lepas akan memfailkan saman terhadap pemilik tanah lombong itu.

Peguam Mohd Harris Abdullah akan mewakili ibu bapa ketiga-tiga mangsa lemas berkenaan iaitu Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10; Salsabila Zuhairi, 12; dan adik lelaki Salsabila, Mahathir Mohamad, 7.

Mohd Harris dalam sidang media hari ini berkata pihaknya telah pun mendapat pengesahan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri mengenai maklumat pemilik tanah itu.

“Pihak PTG telah mengesahkan bahawa tidak ada sebarang permit atau lesen pajakan lombong dikeluarkan kepada pemilik tanah tersebut.

“Saya juga telah menerima maklum balas daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan berhubung salinan laporan perubatan (bedah siasat) kematian ketiga-tiga kanak-kanak itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu salinan laporan siasatan penuh serta gambar kes daripada pihak polis.


Kepada satu pertanyaan, Mohd Harris berkata nilai segala ganti rugi dalam kes itu akan diputuskan oleh mahkamah.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang 4 Feb lepas, tiga kanak-kanak itu ditemui lemas di kolam bekas lombong bauksit haram itu.

Sebelum itu mereka dikatakan bermain di sekitar kawasan tersebut. – BERNAMA

Kategori