Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Nazmi Faiz Digantung 6...

SINGAPURA - Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor...

AADK Kedah Tahan 10...

ALOR SETAR - Sepuluh individu disyaki penagih dadah termasuk seorang abang dan dua...

Polis Tumpas Geng Samun...

KOTA KINABALU - Polis menumpaskan geng 'Hitam' yang dipercayai melakukan sekurang-kurangnya empat kes...

‘Smart Tourism 4.0’ Inisiatif...

KUALA LUMPUR ā€“ Kementerian Pelancongan Malaysia bekerjasama dengan syarikat internet terbesar dunia, Tencent...

Kempen ‘Perak Yang Bersih’ Dilancar Serentak

IPOH – Kempen ‘Perak Yang Bersih’ melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan dilancarkan serentak di seluruh Perak hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata program anjuran kerajaan negeri itu bertujuan memastikan Perak dapat dijenamakan sebagai negeri terbersih di negara ini.

“Program ini mendapat respons yang sangat menggalakkan apabila puluhan ribu orang di setiap daerah menyertainya bagi memastikan Perak bersih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tersebut di Padang Ipoh di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim.

Zambry berkata program akan diadakan secara berterusan dan pihaknya telah mengarahkan setiap daerah mengadakan program tersebut secara mingguan dan bulanan.


“Ini bagi memastikan program sedemikian berterusan sehingga terbentuknya sikap rakyat yang mementingkan kebersihan.

“Program itu juga bukan sekadar ‘walkabout’ tetapi di peringkat jabatan kita pastikan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard dan setiap PBT nakan menjalankan tugas itu mengikut petunjuk prestasi utama yang telah ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Zambry turut sama membersihkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya Ipoh antaranya Dataran Stesen Keretapi Ipoh, Medan Kidd dan Pekan Lama bermula 6.30 pagi selama dua jam. – BERNAMA

Kategori