Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KBAT Fokus Hala Tuju...

KOTA SAMARAHAN – Hala tuju pendidikan pada abad ke-21 memfokuskan kepada pemikiran yang...

Syabas Adakan Operasi Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihati orang ramai supaya...

Siasatan Kes CEO Cradle...

GEORGE TOWN - Siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle...

Raja Muda Perlis Nasihat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat hanya...

Keputusan Kes Ibu Tampar Guru Ditangguh Mac Ini

NIBONG TEBAL – Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini menanggguhkan kepada 8 Mac ini keputusan kes seorang ibu yang menampar guru wanita di sekolah.

Majistret Shamsol Azwa Martadza menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.

Pada 16 Feb 2015, Tan Siow Yen, 34, didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan seorang guru perempuan dengan menampar pipi kiri guru itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Kuang, Sungai Bakap di sini pada jam 5.15 petang, 2 Feb 2015.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Sepanjang prosiding kes itu, seramai lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pihak pembelaan memanggil dua saksi termasuk tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh. – BERNAMA

Kategori