Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mas Marah, Kecewa Pesawatnya...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) amat marah dan tersinggung dengan laporan sebuah...

Institusi Raja Berperanan Teras...

KOTA BHARU - Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah institusi...

Jenazah Mangsa Rempuhan Go-Kart...

KUANTAN - Jenazah dua beranak yang maut akibat dirempuh kenderaan go-kart pada Perlumbaan...

Polis Keluar Notis Tangkap...

KECEWA kerana tiada salji seperti yang diramalkan oleh pembaca berita BBC, Barra Best,...

Kerajaan Teruskan Analisis Data Pencarian MH370

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap meneruskan misi menganalisis data bagi mencari lokasi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang tiga tahun lepas, meskipun operasi pencarian telah ditangguhkan sejak 17 Jan lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata analisis data yang lengkap dapat membantu pakar penyiasatan bagi menjalankan misi pencarian seterusnya untuk mengetahui kedudukan pesawat tersebut.

“Kami turut dapatkan bantuan daripada agensi berkaitan dari kerajaan Australia bagi menganalisis imej satelit.

Data-data sedia ada dikaji semula, lokasi penemuan serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Boeing 777 yang banyak ditemui sebelum ini termasuk di sepanjang pantai perairan Afrika Selatan juga dikaji semula,” katanya ketika ditemui Bernama di Parlimen hari ini.

Liow berkata bagi memperingati mangsa nahas pesawat berkenaan, Malaysia Airline System Bhd dan Malaysia Airlines Bhd telah mengadakan satu majlis tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.


Majlis yang dihadiri petugas syarikat penerbangan itu dan anggota keluarga 13 anak kapal pesawat malang berkenaan dimulai dengan bacaan doa dan tafakur selama seminit, di samping tayangan video sebagai penghormatan kepada mereka yang masih hilang.

Liow turut mendoakan keselamatan mereka yang terjejas dengan tragedi tersebut serta menyatakan komitmennya untuk memaklumkan kepada waris terbabit tentang perkembangan terkini berkaitan MH370. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

Kategori