Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak yang masih berada...

Hina Agong: 91 Laporan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 91 laporan polis dibuat terhadap pengendali laman sosial Facebook...

Lempar ‘Molotov Cocktail’ Akibat...

KAJANG - Insiden rumah seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14,...

23 ADUN PN Selesai...

ALOR SETAR - Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN)...

UK Kagum Peralatan Pertahanan Buatan Malaysia

LANGKAWI – United Kingdom (UK) kagum dengan kualiti peralatan pertahanan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Malaysia dan mempelawa mereka melihat negara itu sebagai pasaran pengembangan masa depan.

Pegawai Akhbar Kanan Perdagangan dan Pelaburan, Pertahanan dan Keselamatan UK, Adam Thomas berkata peserta industri pertahanan Malaysia telah dipelawa untuk meneroka peluang untuk membekalkan peralatan untuk angkatan tentera UK.

“Kami mahu menggunakan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 sebagai peluang untuk menjemput syarikat-syarikat Malaysia ke UK sebagai pasaran masa depan,” katanya kepada pemberita pada pameran itu di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat-syarikat yang berminat boleh mendaftar keupayaan mereka dengan Kementerian Pertahanan UK melalui laman webnya, www.contracts.mod.uk.

“Jika kami menganggap mereka sesuai, mereka layak untuk mendapatkan kontrak pertahanan yang bernilai sehingga berbilion-bilion dolar,” katanya.

Thomas berkata 42 peratus daripada peralatan tentera UK kini dibeli daripada syarikat-syarikat di luar negara.


Beliau berkata cabaran bagi syarikat Malaysia dalam membekalkan peralatan ke UK ialah penyenggaraan kelengkapan dalam negara kerana kedudukannya yang jauh dari Malaysia tetapi halangan seperti itu boleh diatasi dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat UK.

“Cara terbaik ialah syarikat-syarikat Malaysia mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat UK untuk mengakses pasaran UK,” katanya.

Thomas berkata dengan membekalkan kepada angkatan tentera UK, ia juga akan dapat meningkatkan kredibiliti syarikat dan membuka lebih banyak peluang di negara lain.

“Jika mereka berjaya membekalkan ke UK mengapa pula tidak boleh membekalkan kepada negara-negara lain di dunia,” katanya. – BERNAMA

Kategori