Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tips Memakai Dan Penjagaan...

TENTU ada antara anda yang berasakan diri kelihatan lebih yakin sewaktu memakai kanta lekap....

Skim Pelaburan: Mangsa Tipu...

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan...

Mayat Lelaki Lemas Ditemukan...

MELAKA – Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas ketika cuba mengutip bola anak saudaranya...

Ada Yang Dilamar Terus,...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengakui ramai Ahli...

Kerjasama Erat Persekutuan Manfaatkan Sabah

TAWAU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama erat yang dijalinkan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan telah membawa banyak kebaikan kepada negeri ini.

Beliau berkata kerjasama peringkat kepimpinan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga membawa rahmat dan kemakmuran kepada semua lapisan rakyat di Sabah.

“Hubungan Datuk Seri Musa dan Datuk Seri Najib telah memberikan banyak kelebihan kepada Sabah. Apabila adanya jalinan hubungan antara pemimpin negeri dan persekutuan (erat), rahmat, syafaat yang datang bukan sahaja untuk individu tetap untuk rakyat Sabah keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jalinan Kasih 2017 anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan Umno Bahagian Kalabakan di sini, hari ini yang turut dihadiri Musa.

Ahmad Zahid berkata jalinan erat sedemikian perlu diteruskan dan kerajaan Persekutuan akan sentiasa menyokong kerjasama itu demi memanfaatkan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bekas pemimpin Umno dari Sabah kononnya berlaku pelbagai kepincangan, penyelewengan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ahmad Zahid berkata zaman ‘kerajaan betul semua’ dan ‘apa yang dilakukan kerajaan tiada kelemahan’ sudah berlalu berikutan kesedaran bahawa kerajaan dan kepimpinan negara bukannya maksum atau bebas daripada sebarang kesalahan.

Bagaimanapun, katanya kerajaan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada dan tidak akan mengamalkan sindrom penafian demi kebaikan negara dan rakyat.


Katanya pemimpin pembangkang di Sabah juga tidak sepatutnya menafikan usaha kerajaan negeri dan Persekutuan membawa pembangunan kepada Sabah kerana sikap sedemikian menunjukkan mereka tidak bersyukur atau berterima kasih.

“Kalau menafikan apa yang telah dibawa selama ini dan mahu menghapus kira apa yang telah kita lakukan dari segi pembangunan, kemajuan, pendidikan dan bidang lain maka, ia sebenarnya menafikan apa yang ALLAH telah berikan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yakin kerjasama kalangan sukarelawan, kepimpinan parti cawangan, bahagian, negeri dan pusat dapat menyekat usaha pihak tertentu untuk memporak-perandakan negara melalui penyebaran perasaan kebencian.

Dengan adanya jalinan erat seperti itu, katanya ia akan membolehkan Barisan Nasional dan UMNO terus menerajui kerajaan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menstabilkan politik negara demi kesinambungan pembangunan negara.

Ahmad Zahid juga menyatakan kesediaannya turun padang setiap dua minggu ke Sabah seperti dilakukannya di Sarawak demi rakyat serta melaksanakan amanah yang diberi kepadanya. – BERNAMA

Kategori