Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Selamat Tinggal NTV7, Anda...

SHAH ALAM - Drama Spanar Jaya, animasi popular Jepun, Doraemon, Crayon Shin-chan termasuk...

PAN ‘Back Up’ David...

KUALA LUMPUR - "Adakah budaya ‘bodek’ sampai ke tahap ‘gaban’ untuk membuktikan kesetiaan...

Rohingya: Kemelut Kaum Tanpa...

MUHAMMAD Ghaffur adalah seorang kaum Rohingya yang telah tinggal selama 20 tahun di...

Guru Mengeluh Upah Jadi...

PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran...

Keropok Lekor, Martabak Dalam Penerbangan AirAsia

PASIR MAS – Makanan ringan popular tempatan seperti martabak diraja, keropok lekor dan kerepek pisang bakal dikembangkan menjadi antara hidangan ketika dalam penerbangan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya sudah berunding dengan syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia bagi pelaksanaan tujuan berkenaan.

“Kita mempunyai banyak produk makanan tempatan yang boleh disajikan dalam pesawat seperti martabak diraja, keropok lekor dan kerepek pisang yang sekali gus mempelbagaikan lagi hidangan cita rasa tempatan.

“Untuk perkara itu, rundingan sudah pun dibuat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sendiri mengenai usahasama pemasaran produk warisan masyarakat ini dalam masa terdekat.

“Secara dasarnya kita mencapai persetujuan, namun AirAsia mahu meneliti beberapa kriteria terutama aspek pembungkusan, rasa dan kualiti kebersihan sama ada sesuai dihidangkan untuk pelanggan penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Negaraku Prihatin anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut, di sini, hari ini.


Acara kenegaraan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi KADA, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Hanafi Mamat.

Ahmad Shabery berkata, menerusi perlaksanaan tersebut nanti, ia diharap akan memberi pendapatan tambahan kepada ramai usahawan industri kecil dan sederhana yang berkaitan.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan bantuan mesin dan peralatan yang bernilai keseluruhan RM129,268 kepada 29 usahawan industri makanan KADA. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori