Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

`Pejuang Kecil’ Tolak Jangkaan...

KETIKA dilahirkan, saiz tapak kaki Emilia Grabarczyk hanyalah sebesar kuku dan beratnya pula tidak...

Jabatan Muzium Cadang Bina...

TAIPING - Jabatan Muzium bercadang untuk membina sebuah muzium alam semulajadi di Putrajaya...

Abdullah Ahmad Badawi Dilantik...

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun...

Barcelona Hanya Mampu Seri...

MADRID - Barcelona hilang cengkaman mengejar Real Madrid selepas sekadar seri 0-0 ketika...

Kes Demam Denggi Turun 18 Peratus Tahun Lepas

SHAH ALAM – Kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 18 peratus dengan 51,652 kes dicatatkan tahun lepas berbanding 63,198 kes pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 78 kes kematian dicatatkan akibat deman denggi berbanding 127 kes pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, dari Januari hingga 25 Mac ini, sebanyak 11,598 kes deman denggi dilaporkan iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding 18,204 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Dalam tempoh itu juga, 12 kes kematian dicatatkan berbanding 29 kes pada 2016 iaitu pengurangan sebanyak 59 peratus kes kematian,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mat Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) mengenai jumlah kes denggi yang direkodkan sepanjang tahun lepas di negeri itu. – BERNAMA

Kategori