Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perutusan Khas PM Mengenai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa...

Tuah Tangkap Udang Kara...

Maine (Amerika Syarikat) - Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat...

Permohonan BR1M 2016 Dibuka...

KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan dibuka mulai 5...

Pahang Benam Kedah 5-0...

KUALA LUMPUR - Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah...

Kerajaan Sasar Jana E-Dagang RM8.2 Bilion Hingga 2020

KUCHING – Kerajaan berharap dapat menjana aktiviti perniagaan e-dagang bernilai RM8.2 bilion di seluruh negara menjelang 2020.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata setakat 2015, sebanyak kira-kira RM7.2 bilion nilai perniagaan melalui kaedah itu telah direkodkan.

“Melalui kemudahan lebih baik yang disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jumlah penggunaan aplikasi e-dagang meningkat setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Pos Malaysia Berhad di sini, hari ini.

Jailani berkata kerajaan Sarawak juga menggalakkan penduduk luar bandar menceburi bidang e-dagang dengan memanfaatkan sepenuhnya 124 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang ditubuhkan MCMC atau Pos Malaysia.

“Pusat ini juga bertujuan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Dari 2008 hingga sekarang, kerajaan telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi menjamin wujudnya capaian internet dan komunikasi lebih baik di negeri ini,” katanya.


Beliau berkata pada tahun ini sahaja, kerajaan akan membelanjakan RM35 juta untuk mendirikan kira-kira 70 menara komuniksi selular kecil di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Jailani berkata Pos Malaysia Berhad akan membelanjakan RM5 juta bagi memodenkan pejabat pos di Kapit, Limbang, Serian, Lutong, Bintangor, Sarikei, Saratok dan Sri Aman pada tahun ini.

Pusat Poslaju Miri juga akan dinaik taraf melibatkan kos RM1 juta, katanya. – BERNAMA

Kategori