Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Generasi Muda Perlu Sedarkan...

KUALA LUMPUR - "Budaya menghalang pemikiran kritis gagal melahirkan graduan yang berani dan...

Sekolah Agama ‘Hotel’ Pendatang...

Seremban - Satu unit dewan orang ramai dan bangunan sekolah agama yang tidak...

Anak Dungun Tempa Kejayaan...

KUALA TERENGGANU - Pencapaian membanggakan seorang anak jati Terengganu yang memainkan peranan penting...

Alvin Chong ‘Okey’ Digosip...

SEPERTI Keith Foo dan Adam Corrie, pelakon Alvin Chong kini semakin mendapat tempat...

KKLW Cadang Pasang Kabel Bawah Laut Kedua Di Sebatik

TAWAU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang memasang kabel bawah laut kedua bagi menampung keperluan bekalan elektrik yang meningkat di Pulau Sebatik dekat sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Muis Picho berkata, penyambungan kabel sedia ada sepanjang 12.5 kilomter dari Kampung Pasir Putih di Tawau hingga ke Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik masih mampu menampung keperluan elektrik harian penduduk pulau itu namun sekiranya berlaku ‘power trip’ kira-kira 15 kampung di pulau tersebut akan terjejas.

“Bila cadangan ini menjadi kenyataan kira-kira 6,000 penghuni Pulau Sebatik akan menerima manfaatnya,” kata beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW Datuk Ahmad Jailani Mohamed Yunus membuat lawatan kerja dan tinjauan di sub-stesen elektrik di Pasir Putih dan Sungai Tongkang dekat sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori