Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

UMNO Pekan Desak Mahfuz...

PEKAN - UMNO Bahagian Pekan hari ini, mendesak supaya anggota Parlimen Pokok Sena,...

Indonesia, Vietnam Sedia Beri...

JAKARTA - Indonesia dan Vietnam menggesa Malaysia supaya memberikan akses bantuan guaman kepada...

Kerajaan Umum Keputusan Kajian...

IPOH - Kerajaan akan mengumumkan awal tahun depan keputusan mengenai semakan semula secara...

Irwan Serigar Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Tan Sri Dr....

KKM Beri Pampasan Keluarga Mayat Tersalah Serah

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan membayar pampasan ex-gratia kepada keluarga mendiang Fong Meng Tuck, yang mayatnya sebelum ini diserah kepada keluarga lain oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada November tahun lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu sudah dibawa ke peringkat kementerian dan pihaknya sedang berbincang mengenai jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga Meng Tuck.

“Kita berasa kesal dengan kesilapan yang berlaku dan mengakui kesilapan daripada pihak hospital. Polis sudah buat kenyataan berhubung perkara ini bahawa (mayat) yang dikremasi itu adalah milik keluarga Meng Tuck,” katanya.

“Kami terima kenyataan polis itu dan sedang berunding tentang pampasan ex-gratia kepada keluarga (mendiang Meng Tuck),” katanya pada sidang akhbar selepas menutup program Kembara Sihat 1Malaysia, di sini hari ini.

Jabatan Perubatan Forensik HPP sebelum ini, dilapor tersalah menyerahkan mayat Meng Tuck kepada keluarga lain yang kebetulan turut menuntut mayat seorang lelaki berusia 73 tahun yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Mereka kemudian membawa pulang mayat itu kira-kira 12 tengah hari pada 21 November tahun lalu dan melakukan upacara pembakaran sebelum abu mayat tersebut disimpan oleh ahli keluarga berkenaan.


Anak lelaki Meng Tuck yang kemudian mahu menuntut mayat bapanya kira-kira 2 petang pada hari yang sama (21 November tahun lalu), terkejut apabila dimaklumkan bahawa mayat mendiang sudah pun tiada di HPP.

Polis mengesahkan mayat tersalah serah itu adalah Meng Tuck selepas memperoleh hasil ujian DNA terhadap sampel darah tiga anak lelaki mendiang oleh Jabatan Kimia yang mendapati ia 99.99 peratus adalah sepadan.

Ditanya mengenai dakwaan keluarga Meng Tuck bahawa pihak kementerian masih belum memberi maklum balas berhubung perkara itu, Dr. Hilmi berkata, pihaknya akan menyelesaikan perkara berkenaan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori