Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

1MDB Modal Pembangkang Yang...

KUALA LUMPUR - Pembangkang masih sibuk dengan isu 1MDB kerana kekeringan isu untuk...

Imuan Agama Perlu Giatkan...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para ilmuan...

Suami Nora, Johan Nawawi...

PETALING JAYA - Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal...

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan...

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara...

KL Dijamin Bersih Menjelang Sukan SEA, Para ASEAN

KUALA LUMPUR – Tahap kebersihan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dipantau rapi bagi memastikan ia bersih sepanjang temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN nanti.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi jaminan tahap kebersihan gelanggang pertandingan di sekitar Kuala Lumpur serta Putrajaya akan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi dua temasya itu.

Sukan SEA ke-29 akan bermula dari 19 hingga 31 Ogos diikuti Sukan Para ASEAN kesembilan dari 17-23 Sept.

Tengku Adnan berkata kementeriannya telah memulakan satu program gotong-royong yang melibatkan generasi muda yang dikenali ‘Sukarelawan Kuala Lumpur 2017’ bagi menjaga kebersihan kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan.

“Kami (kementerian) ditugaskan untuk memastikan kebersihan di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar sempena Sukan SEA nanti.

“Program ini bertujuan memperbaiki segala landskap di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya mengecat semula jalan-jalan termasuk membaik pulih penghadangnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pentadbiran kepada Persatuan Sukan di Wilayah Persekutuan Tahun 2017 di sini, hari ini.


Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan terus memberi bantuan yang diperlukan Kementerian Belia dan Sukan termasuk di gelanggang pertandingan, perkampungan sukan dan hotel-hotel penginapan.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) akan memastikan kebersihan dan kemudahan di sekitar gelanggang pertandingan, perkampungan sukan dan hotel penginapan dijaga dengan baik.

“Selain itu, beberapa papan tanda juga dipasang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya serta pelancong yang datang ke Malaysia mengenai penganjuran Sukan SEA ini,” katanya.

Sebagai rekod, penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 merupakan kali keenam dianjurkan Malaysia selepas menganjurkan temasya yang sama pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. – BERNAMA

Kategori