Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ikatan Minta Hentikan Sandiwara...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kesal dengan perbuatan pihak...

Pengikrar Derma Organ Diminta...

PUTRAJAYA - Golongan yang telah berikrar untuk menderma organ dinasihatkan untuk memaklumkan tujuan...

Hampir 200 Petani Rugi...

NIBONG TEBAL - Hampir 200 petani di beberapa kawasan di Sungai Acheh di...

Penganggur Ditahan Tertidur Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang pengganggur yang tertidur setelah menceroboh rumah seorang warga emas...

KLIA Kritikal Masih Kurang Lagi 561 Pekerja Bagasi?

PAGI Jumaat sehari sebelum cuti penggal pertama persekolahan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor kecoh sehingga menjadi tular menerusi media sosial.

Ini bukan kerana anak Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara datang ke Malaysia atau gempar dengan tragedi berdarah letupan bom yang pernah menimpa beberapa lapangan terbang di luar negara tahun lalu.

Lucunya, antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, dianggarkan hampir 50 penerbangan dalam dan luar negara melibatkan kira-kira 1,500 penumpang terkandas hanya kerana masalah kekurangan pekerja bagasi pada waktu itu.

Puncanya apabila AeroDarat Services Sdn. Bhd., anak syarikat 100 peratus milik Malaysia Aviation Group Berhad di bawah Khazanah Nasional yang ditubuhkan pada 2015 lalu, dilaporkan mengalami perubahan jadual giliran pekerja.

Mungkin inilah alasan paling pelik pernah didengar dalam dunia penerbangan global dan ia menimbulkan bahan jenaka kerana selama ini tidak pula boleh berlaku insiden teruk sedemikian apatah lagi di KLIA yang cukup gah.

Bagaimanapun di sebalik pelbagai spekulasi timbul, mungkin ramai tidak tahu bahawa syarikat yang dahulunya dikenali sebagai MAB Ground Handling Services Sdn. Bhd. ini barang kali juga disabotaj rakyat Malaysia sendiri!

Sumber industri memaklumkan MYNEWSHUB, syarikat tersebut sebenarnya kekurangan pekerja apabila hanya mempunyai 2,439 pekerja daripada jumlah ideal sepatutnya iaitu 3,000 orang – atau tidak cukup 561 pekerja lagi.

AeroDarat Services dipertanggungjawabkan mengurus bagasi lebih 40 operator penerbangan termasuk Malaysia Airlines selain lima syarikat kargo udara asing di KLIA dan 15 buah lapangan terbang lain di seluruh negara.

Malangnya sumber industri memberitahu MYNEWSHUB, cabaran terbesar dihadapi syarikat itu ialah mendapatkan pekerja baharu sementelahan bagi menggantikan mereka yang bersara atau sendiri berhenti mencari kerja lain.

Iklan temuduga jawatan kosong sebagai pekerja bagasi sering kali dihebahkan luas kepada orang awam termasuk menerusi media sosial, namun bukan semua rakyat Malaysia berminat apatah lagi golongan remaja lepasan sekolah.


Rupa-rupanya, tidak ramai anak muda sanggup bertugas memunggah ratusan bagasi penumpang yang berat setiap satu boleh cecah 30 kilogram dan dilakukan pantas atau pesawat akan terkandas di KLIA selama beberapa jam.

Ini bukan masalah baharu dan ia turut dialami banyak lapangan terbang waima di negara maju sendiri sehingga menyaksikan lebih ramai pekerja sambilan berbanding pekerja tetap kerana ramai tidak tahan dengan cabaran itu.

Bayangkanlah bertugas sama ada di bawah terik panas matahari atau dingin malam sejuk apatah lagi jika hujan lebat, salji tebal atau ribut pasir tiba-tiba melanda, menjadi pekerja bagasi bukanlah karier popular atau glamor.

Tidak hairanlah, gaji untuk pekerja baharu ditawarkan di Barat agak lumayan lazimnya sekitar AS$10 (RM44) sejam dan bagi yang sudah lama berpengalaman pula, mereka mampu menerima upah sehingga AS$30 (RM133) sejam.

Beban tugas yang bukan kepalang sehingga pekerja terbabit bukan sahaja agak ‘sado’, tetapi sakit lenguh tangan adalah perkara biasa dan ini menyebabkan kebanyakan lapangan terbang turut menawarkan pelbagai insentif lain.

Asasnya mudah, tidak ramai sebenarnya sanggup buat kerja ini kecuali betul-betul mahu menyara keluarga sendiri sebagai sumber rezeki halal meskipun tidak dipandang sebelah mata pun ibarat wira tidak berdendang. – Mynewshub.cc/HAA

* Video berikut memaparkan kisah perit jerih pekerja bagasi di KLIA.

Kategori