Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peminat Tawar RM15k Demi...

SIAPA tidak kenal dengan band, Floor 88 yang berjaya meraih populariti luar biasa...

54 Terbunuh Di Nigeria...

MAIDUGURI, Nigeria - Serangan membabitkan empat pengebom bunuh diri menyebabkan 54 kematian dan...

Pelajar Tingkatan 2 Dakwa...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku...

Bapa Maut, Anak Perempuan...

GOMBAK: Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya berusia lapan tahun cedera motosikal mereka...

Kontinjen MSN Juara Angkat Berat Kebangsaan 2017

KUALA NERUS – Kontinjen Majlis Sukan Negara (MSN) muncul juara keseluruhan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam kejohanan itu MSN berjaya memungut 30 pingat emas, 11 perak dan 14 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan, 55 pingat.

Pasukan tuan rumah terpaksa berpuas hati di tangga kedua selepas mengumpul 14 pingat emas, 14 perak dan empat gangsa.

Diikuti kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lima emas, lima perak dan satu gangsa di tempat ketiga dan kontinjen dari Wilayah Persekutuan dengan empat emas, enam perak dan lima gangsa di tempat keempat.

Dalam kejohanan itu satu rekod kebangsaan berjaya dipecahkan oleh atlet dari Wilayah Persekutuan Putrajaya Elyone Matin dalam kategori 58 Kilogram (kg) Wanita.

ELyone berjaya melakukan angkatan seberat 84 kg menerusi acara ‘snatch’ sekali gus meleburkan rekod kebangsaan yang dipegang Nor Farisha Irwana Sufian pada tahun 2014 dengan angkatan 83 Kg.


Manakala atlet Terengganu Mohd Asfar Kamaruddin muncul atlet lelaki terbaik selepas memungut dua pingat emas dan dua pingat perak dalam kategori 69 kg.

Sementara itu Elly Casandra daripada MSN dinobat atlet wanita terbaik selepas mengumpul empat emas dalam kategori 53 Kg.

Hadiah disampaikan Pengarah Majlis Sukan Negeri Ibni Amin Busu. – BERNAMA

Kategori