Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lagu Adik Achik Spin...

JIKA disebut nama penyanyi Tajul, mungkin ramai yang tidak begitu mengenai figura ini. Namun,...

Rumah Pesuruhjaya PAS Sarawak...

MIRI - Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, 50, melecur pada kedua-dua kakinya dalam...

Robert Mugabe Meninggal Pada...

HARARE - Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun...

SKMM Siasat Penuntut Universiti...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dakwaan bahawa ramai wanita...

Korea Utara Halang Rakyat Malaysia Keluar

EKORAN tindak balas Malaysia mengusir duta Korea Utara, pemerintah rejim Pyongyang hari ini mengisytiharkan semua rakyat Malaysia dilarang keras meninggalkan negara komunis itu.

Perkara yang mengejutkan itu diumumkan Kementerian Luar Korea Utara yang dipetik oleh agensi berita rasmi negara tersebut, KCNA.

Sekatan tersebut akan berterusan sehingga kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam diselesaikan dengan adil.

ā€œSemua warga Malaysia di Korea Utara buat sementara waktu akan dilarang daripada meninggalkan negara ini sehingga kejadian yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan betul,ā€ kata pegawai itu.

Ketika ini, terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara termasuk dua sukarelawan program bantuan makanan sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).


Manakala selebihnya adalah petugas dan ahli keluarga mereka yang berkhidmat di kedutaan besar Malaysia di Pyongyang.

Langkah yang tidak dijangka itu bakal menyaksikan kesemua mereka berpotensi menjadi tebusan di negara berkenaan. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori