Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Integrasi Tiket KTM...

PUTRAJAYA - Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan KTM komuter dengan perkhidmatan...

Sultan Johor Umum Nama...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan membuat keputusan...

Kerajaan PN Mahu Kekal...

SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN)...

Denggi: 309 Kes Dicatatkan...

KLANG - Sebanyak 309 kes demam denggi direkodkan di daerah Klang dalam tempoh...

KPT Yakin Tarik 200,000 Pelajar Asing Ke Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi yakin mampu melepasi sasaran yang ditetapkannya untuk menarik 200,000 pelajar asing belajar di Malaysia menjelang 2020.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata prosedur, proses dan pengendalian bagi pengambilan pelajar asing telah dan sedang dipertingkatkan oleh universiti swasta dan kerajaan.

Katanya pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) juga akan dibentangkan di Parlimen bagi mempermudah dan mempercepatkan permohonan kemasukan pelajar asing.

“Kualiti pendidikan universiti swasta telah ditambah baik dengan pelbagai kemajuan dicapai selain kedudukan Kuala Lumpur sebagai bandar paling berpatutan untuk didiami pelajar asing,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Idris berkata buat masa ini terdapat kira-kira 150,000 pelajar asing meneruskan pengajian di Malaysia.

Terdahulu Idris menandatangi memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Senegal bagi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan penyelikan saintifik berkaitan dengan pendidikan tinggi.


Kerajaan Senegal diwakili Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidikannya, Professor Mary Teuw Niane.

Menerusi MoU tersebut, Senegal bersetuju mengadakan kerjasama dalam kajian penyelidikan, pertukaran pelajar dan pensyarah serta penghantaran pelajar ke Malaysia.

Pada majlis sama, Idris turut mengumumkan sebanyak 10 biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar Senegal untuk menyambung pengajian pasca siswazah ke Malaysia dalam pelbagai bidang.

Munurut Idris, terdapat kira-kira 70 pelajar Senegal sedang melanjutkan pengajian mereka di negara ini. – BERNAMA

Kategori