Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Metallica Derma RM414,000 Untuk...

AMERIKA SYARIKAT - Kumpulan rock legenda, Metallica melalui yayasannya All Within My Hand...

Kerja Roboh Plaza Tol...

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan semua kerja-kerja perobohan struktur fizikal...

Mufti WP Doakan Pitt...

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendoakan...

Ewon Benedick, Armizan Wakil...

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan...

Krisis Malaysia-Korea Utara Tidak Sampai Kena Perang

MUAR – Ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu tidak sampai membawa kepada situasi peperangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata pihaknya sehingga kini masih lagi belum mendapat sebarang laporan yang “mencemaskan” antara Malaysia dengan rejim komunis Korea Utara.

“Saya tidak tahu dan tidak dapat laporan mengenainya. Sebagai Menteri Pertahanan, biasanya saya akan tahu dahulu mengenainya. Saya tidak nafi setakat hari ini agak tegang tetapi tidaklah sampai tahap hendak berperang.

“Jika diikutkan situasi genting di semenanjung Korea sendiri selain senario geopolitik semasa antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat (AS) dan jirannya, Korea Selatan adalah jauh lebih teruk lagi,” kata Hishammuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian Muar di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Bangunan UMNO Bahagian Muar hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, jemaah Kabinet juga ketika mesyuarat mingguan semalam dimaklumkan dua perkara yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dalam menyelesaikan kemelut itu.


“Cuma dalam kes ini, dua perkara yang kita nak nyatakan. Pertamanya berkaitan dengan keselamatan warga kita di Korea Utara. Keduanya, siasatan dalam kes ini bukan sahaja dapat dirasai tetapi dapat dilihat prosesnya (siasatan).

“Jadi dalam hal ini, siasatan sedang berjalan dan kita janganlah berbicara di khalayak ramai kerana ia mungkin menjejaskan rundingan diplomasi antara kedua-dua negara termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak tertentu.

“Ini termasuk melibatkan pihak Wisma Putra dan Perdana Menteri sendiri,” kata Hishammuddin lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori